Pekerja kilang maut, motosikal terbabas langgar anjing

Iklan
Keadaan motosikal mangsa yang mengalami kerosakan pada bahagian muadgad hadapan dan coverset sebelah kiri. - Foto: Polis Perak

KAMPAR - Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas akibat melanggar seekor anjing yang melintas jalan di Jalan Malim Nawar-Kota Bharu di sini pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.35 pagi itu, mangsa Mohd Safaril Mohamed Anuar, 42, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, semasa kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan dari rumahnya di Perumahan Awam 2, Malim Nawar menuju ke tempat kerja di Kota Bharu.

"Apabila tiba di laluan berkenaan, seekor anjing secara tiba-tiba melintas dari arah kiri ke kanan jalan.

Iklan

"Mangsa tidak sempat mengelak dan melanggar haiwan tersebut sebelum terbabas," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati, tiada kenderaan lain terlibat dalam kejadian itu dan tiada unsur jenayah dikenal pasti.

Iklan

Katanya, pemeriksaan ke atas motosikal mendapati terdapat kerosakan pada bahagian madgad hadapan dan coverset sebelah kiri.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kampar. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya lagi.