Agong, Permaisuri santap bersama keluarga sempena Aidiladha

Iklan
Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri bermesra dengan cucundanya semasa berkenaan santap bersama keluarga sempena Hari Raya Aidiladha di Istana Bukit Serene, pada Sabtu.

SHAH ALAM – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, berkenan berangkat ke majlis santapan bersama keluarga dan cucunda sempena Hari Raya Aidiladha di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Johor, pada Sabtu.

Turut berangkat, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, bersama isteri, Che Puan Besar Khaleeda Bustamam, serta anakanda baginda.