SHAH ALAM – Kumpulan Karangkraf meneruskan tradisi tahunan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha dengan mengadakan solat sunat dan jamuan di surau dan Dewan Karangkraf di sini pada Sabtu.
Majlis seawal jam 8 pagi itu dimulakan dengan solat sunat Aidiladha yang dipimpin oleh Ustaz Fazrul Ismail iaitu pentadabbur My #QuranTime, manakala khutbah Aidiladha disampaikan oleh Profesor Madya Dr Irwan Ariffin dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), yang merupakan menantu kepada salah seorang pengasas Kumpulan Karangkraf, Allahyarham Datuk Fickry Yaacub.