MUZDALIFAH (Arab Saudi) - Ketika jemaah haji bersiap sedia untuk melaksanakan ibadah melontar batu di Jamarat, proses mengutip batu kecil bagi tujuan itu dilakukan dengan teliti, meneladani sunnah Nabi Muhammad SAW.
Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), batu-batu kecil itu yang sebaiknya bersaiz seperti kacang kuda atau kacang hazel kecil, dipilih dengan cermat agar tidak memudaratkan dan tidak terlalu kecil sehingga sukar dilihat.
Jemaah haji mengumpulkan batu-batu penting itu dari mana-mana kawasan dalam sempadan Muzdalifah selepas meninggalkan Arafah, mencerminkan kelonggaran dalam Syariah yang tidak menetapkan lokasi khusus untuk pengutipan batu berkenaan.
Ibadah melontar bermula pada Hari Raya Aidiladha, apabila jemaah melontar tujuh biji batu ke arah Jamratul Aqabah (Al-Kubra) disertai laungan"Allahu Akbar" (takbir) pada setiap lontaran.
Pada Hari Tasyriq yang berikutnya, jemaah meneruskan ibadah itu setiap hari, dengan melontar tujuh biji batu ke arah setiap tiga Jamarat: Al-Sughra (tiang kecil), Al-Wusta (tiang tengah) dan Al-Kubra (tiang besar).
Jemaah berhati-hati dalam memastikan bilangan batu yang betul, laungan takbir yang betul, serta setiap batu itu jatuh di dalam kawasan yang ditetapkan, bagi mengelakkan kesilapan yang boleh membatalkan ibadah. - Bernama