Ibu, bapa saudara kanak-kanak maut terjatuh tingkat 30 pangsapuri diberkas

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Khamis mengenai budak lelaki empat tahun maut jatuh dari tingkat 30.

KUALA LUMPUR - Ibu serta bapa saudara kanak-kanak lelaki yang maut terjatuh dari tingkat 30 sebuah pangsapuri di Bukit Jalil pada Jumaat ditahan untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, kedua-dua suspek yang ditahan itu merupakan warga Indonesia.

Iklan
Iklan

"Kedua-dua suspek yang ditahan masing-masing merupakan lelaki dan wanita berumur 27 dan 25 tahun dan setakat ini dua suspek berkenaan direman untuk siasatan lanjut.

"Siasatan mendapati bapa kanak-kanak terbabit merupakan warga tempatan dan berkahwin dengan wanita warga Indonesia," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Katanya, bedah siasat yang dijalankan mendapati kanak-kanak itu mengalami pelbagai kecederaan akibat terjatuh dari tempat tinggi.

"Kedua-dua suspek terbabit ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Iklan

"Siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kejadian," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari balkoni rumahnya di tingkat 30 sebuah pangsapuri di Bukit Jalil pada Khamis.

Jenazah kanak-kanak itu kemudiannya dibawa ke Unit Forensik, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk proses bedah siasat pada Jumaat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).