KUALA TERENGGANU – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu meluluskan sebanyak 6,452 ekor haiwan ternakan untuk tujuan ibadah korban sempena Aidiladha tahun ini.
Pengarahnya, Dr Anun Man berkata, jumlah itu melibatkan 2,100 permit pemindahan dan 2,685 permit sembelihan luar yang dikeluarkan sehingga Jumaat.