Remaja aktif sukan perlukan RM70,000 untuk pembedahan jantung segera
Iklan
Nurul Husna (kiri) bersama Badrul Isyraf (dua dari kanan) ketika berkunjung ke pejabat One Hope Charity & Welfare bagi mendapatkan bantuan.
BUKIT MERTAJAM - Remaja lelaki yang sebelum ini aktif bersukan, Badrul Isyraf Haziq memerlukan sumbangan sebanyak RM70,000 bagi menjalani pembedahan jantung.
Remaja berusia 16 tahun yang berasal dari Bukit Mertajam itu merupakan penghidap masalah ‘Atrial Tachycardia’ iaitu denyutan jantung laju akibat gangguan elektrik dalam jantung baru-baru ini.
Iklan
Iklan
Ibunya, Nurul Husna Hashim, 39 berkata, anak sulungnya yang menggemari sukan sepak takraw itu pada mulanya mengadu mengalamai degupan jantung laju, sukar bernafas dan sakit dada pada Aidilfitri lalu.
Beliau berkata, anaknya itu kemudiannya dikesan dengan penyakit jantung itu setelah menjalani pemeriksaan lanjut di hospital.
Iklan
"Doktor beritahu jantung manusia biasanya mempunyai dua ‘suis’ elektrik dan dalam kes anak saya ini, jantungnya mempunyai tiga suis.
"Suis tambahan itu menghantar isyarat yang mengganggu rentak jantung, menyebabkan denyutan menjadi tidak normal.
Iklan
"Oleh itu, pembedahan perlu dilakukan untuk memutuskan suis yang menghantar isyarat salah ini,” katanya ketika ditemui media di sini baru-baru ini.
Nurul Husna berkata, pakar kardiologi sebuah hospital di Kedah turut mencadangkan Badrul Isyraf menjalani prosedur ‘radiofrequency ablation’ (RFA) iaitu satu kaedah menggunakan tenaga elektrik (350–500 kHz) untuk menghasilkan haba dan membakar laluan elektrik yang mengganggu rentak jantung agar denyutan kembali normal.
Namun katanya, prosedur itu memerlukan tempoh menunggu antara enam bulan hingga setahun lebih dan pesakit juga perlu menanggung sendiri kos alat khas yang digunakan.
"Kami berasa terkejut dan sedih kerana tidak menjangka keadaan anak sebegini, kami berharap anak dapat menjalankan pembedahan secepat mungkin, jika tidak keadaan akan menjadi rumit dan menjadi masalah jantung yang kronik," katanya.
Sementara itu, pengerusi badan amal, One Hope Charity & Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata, keluarga pelajar tingkatan empat itu amat memerlukan bantuan dana RM70,000 bagi merealisasikan pembedahan secepat mungkin kerana tidak berkemampuan.
"Mereka telah tampil ke pejabat kami bagi memohon bantuan dana dan kita berbesar hati membantu mengumpul bantuan orang ramai dan pembedahan telah ditetapkan pada tarikh 24 Jun depan.
"Ibunya yang bekerja sebagai anggota polis perlu menanggung dan membesarkan Badrul serta dua lagi anak berusia 10 dan 7 tahun,"katanya.
Orang ramai yang berhasrat menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Public Bank Berhad bernombor 3201428817 atas nama One Hope Charity & Welfare atau melalui laman web onehopecharity.org.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.