Jumpa kali pertama, pelakon dipercayai terus lakukan amang seksual - Polis

Iklan
Hussein ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Jumaat.

SHAH ALAM – Seorang pelakon dan penyanyi terkenal yang ditahan disyaki melakukan amang seksual melibatkan seorang remaja perempuan pada Selasa lalu dipercayai pertama kali melakukan perbuatan itu terhadap mangsa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata siasatan mendapati suspek dan mangsa yang juga merupakan seorang pelajar dipercayai berkenalan sejak dua bulan lalu.

Iklan
Iklan

"Siasatan mendapati suspek dipercayai kali pertama melakukan amang seksual terhadap mangsa.

"Tempoh perkenalan mereka dipercayai antara satu hingga dua bulan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, pada Jumaat.

Iklan

Katanya, siasatan berkaitan kes ini sedang giat dijalankan.

"Suspek telah ditangkap dan kita telah mengambil keterangannya. Buat masa ini, suspek dibebaskan dengan jaminan polis.

Iklan

"Kertas siasatan hampir lengkap dan kita akan kemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dalam masa terdekat,” katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan suspek ditahan selepas disyaki melakukan amang seksual ke atas remaja perempuan di sebuah hotel di Selangor.

Mangsa sebelum itu dipercayai berkenalan dengan suspek di sebuah kafe.

Suspek kemudian dipercayai membawa mangsa ke sebuah hotel sebelum didakwa melakukan perbuatan amang seksual fizikal terhadap mangsa.

Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).