121 sekolah padat bakal terima bilik darjah tambahan baharu

Iklan
Pembinaan bilik darjah tambahan baharu itu menggunakan kaedah IBS serta kemudahan lain sebagai penyelesaian jangka pendek dan efektif di sekolah berkepadatan tinggi - Gambar hiasan

SHAH ALAM - Sebanyak 121 buah sekolah padat di tujuh negeri bakal menerima bilik darjah tambahan baharu untuk aliran perdana dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, projek yang melibatkan belanja sebanyak RM88 juta itu meliputi kemudahan infrastruktur serta kelengkapan peralatan pengajaran dan perabot.

Iklan
Iklan

Menurut kementerian itu, jumlah sekolah dikenal pasti mengikut negeri adalah 103 di Selangor, Perak (8), Pahang (4), Negeri Sembilan (3), Terengganu (1), Kuala Lumpur (1) dan Pulau Pinang (1).

"Projek akan dilaksanakan oleh Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya (JKR).

Iklan

"KPM akan sentiasa berusaha menangani isu sekolah padat di seluruh negara dan menyediakan akses pendidikan yang kondusif untuk semua murid, guru dan warga sekolah," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu KPM memaklumkan, pembinaan bilik darjah tambahan baharu itu menggunakan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) serta kemudahan lain sebagai penyelesaian jangka pendek dan efektif di sekolah berkepadatan tinggi.

Iklan

Menurutnya, kaedah IBS dan lukisan Pre Approved Plan (PAP) dapat memastikan tempoh pembinaan yang singkat dan siap pada tahun semasa.