Pekerja maut dihempap jengkaut

Iklan
Seorang lelaki maut selepas dihempap jengkaut ketika sedang melakukan kerja penyelenggaraan jentera berat tersebut.

RANAU - Seorang lelaki maut selepas dihempap jengkaut ketika sedang melakukan kerja penyelenggaraan jentera berat tersebut dalam kejadian di Kampung Montoki, Kundasang, pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa yang pekerja berusia 41 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Rantey Fred berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.38 petang.

Katanya, seramai enam anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 26 kilometer dari BBP Ranau.

Iklan

"Difahamkan, mangsa sedang melakukan kerja penyelenggaraan jentera berat jenis Hitachi sebelum tiba-tiba dihempap oleh jentera tersebut.

"Pasukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit, namun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.57 petang," katanya.

Tamat