KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 di Semenanjung Malaysia akan diturunkan sebanyak tiga sen kepada RM3.07 seliter bermula 5 Jun hingga 11 Jun 2025, selaras dengan penurunan harga pasaran minyak dunia, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
MOF dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turut diturunkan tiga sen kepada RM2.74 seliter bagi tempoh sama, manakala harga runcit RON95 pula kekal pada paras RM2.05 seliter.