MBSJ sita basikal roda tiga milik warga asing

Iklan
Tiga basikal roda tiga milik warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa kebenaran telah disita. Foto Facebook MBSJ

SUBANG JAYA - Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) telah melaksanakan operasi penguatkuasaan ke atas warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa kebenaran.

MBSJ memaklumkan, operasi berkenaan dijalankan di beberapa lokasi tumpuan melibatkan Persiaran Puteri 1 dan Jalan Puteri 2, Bandar Puteri, Puchong.

Iklan
Iklan

"Hasil operasi tersebut, sebanyak tiga basikal roda tiga milik warga asing yang terlibat telah disita dan amaran secara lisan turut diberikan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Tambah MBSJ, operasi itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam memastikan peraturan dan garis panduan perniagaan dipatuhi khususnya oleh warga asing.

Iklan

"Pemantauan berkala akan terus dijalankan dari semasa ke semasa dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak atau individu yang didapati melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang aduan mengenai pelanggaran peraturan boleh menyalurkannya melalui laman web rasmi MBSJ,” ujarnya.

Iklan