[VIDEO] Dua lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Makkah
Iklan
MAKKAH – [DIKEMAS KINI] Dua lagi jemaah haji dilaporkan meninggal dunia di Tanah Suci menjadikan jumlah keseluruhan tujuh orang setakat ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, jemaah berkenaan dikenali sebagai Siti Hawa Ibrahim, 64, dari Terengganu dan Abdul Halim Awang, 76, dari Alor Setar, Kedah.
Iklan
Iklan
Menurutnya, Allahyarham Siti Hawa dari KT015 Maktab 85A Land Premium meninggal dunia pada jam 9.32 malam Selasa akibat serangan jantung di Hospital King Abdullah.
Lembaga TH melaporkan dua lagi kematian membabitkan jemaah haji Malaysia. Gambar kecil: Abdul Halim dan Siti Hawa
"Allahyarham Abdul Halim pula dari KT033 Maktab 89B Al Fajar Al Badae 5 meninggal dunia pada jam 2.45 pagi Rabu.
Iklan
"Allahyarham meninggal dunia akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ di Hospital King Abdullah,” katanya kepada pemberita selepas Program Pelepasan Jemaah Haji Malaysia ke Arafah di Abraj Al Tayseer di sini.
Mohd Na’im berkata, Lembaga Tabung Haji telah memaklumkan kepada waris Allahyarham dan akan menguruskan segala keperluan jenazah termasuk pelaksanaan badal haji.
Iklan
"Pihak Tabung Haji menguruskan semua pengurusan berkaitan jenazah Allahyarham.
"Saya dan pengurusan Tabung Haji mengucapkan takziah kepada waris dan keluarga Allahyarham,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil beri sinar harapan, kumpul RM134,477.79"><meta itemprop="description" content="Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil beri sinar harapan, kumpul RM134,477.79
Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil memberi sinar harapan kepada kanak-kanak yang memerlukan rawatan jantung apabila berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM134,477.79 hasil keprihatinan masyarakat seluruh negara, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid dan juruvideo, Zamir Yusof.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Shaiful Azmi Yahaya berkata, sumbangan berkenaan memberi peluang kepada pesakit mendapatkan akses kepada rawatan yang diperlukan, selain meringankan kebimbangan kewangan keluarga.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797454/berita/nasional/kempen-sinar-untuk-jantung-si-kecil-beri-sinar-harapan-kumpul-rm134477-79
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-22T12:28:15.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P180S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbbg4c2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbbg4c2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbbg4c2"></script>