PETALING JAYA - Pencapaian bank digital pertama Malaysia, GXBank yang merekodkan lebih sejuta pengguna dalam tempoh 15 bulan sejak pelancarannya, disifatkan sebagai pencapaian yang mengagumkan.
Selari dengan matlamatnya dalam membawa transformasi positif kepada industri kewangan dan membantu komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan, GXBank berjaya menarik pengguna, khususnya rakyat Malaysia dalam mencapai impian mereka dan menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik.
Keazaman untuk mencapai visi ini terus diperkukuhkan dengan pengumuman pelantikan barisan kepimpinan baharu di GXBank yang berkuatkuasa 1 Jun 2025.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi GXBank, Hildah Hamzah yang sebelum ini memegang peranan Ketua Turus berkata, apa yang membanggakan adalah penggunanya merangkumi pelbagai segmen masyarakat termasuk golongan profesional, wanita dan pengguna muda berusia 25 hingga 35 tahun.
"Seiring dengan perkembangan perkhidmatan yang kami tawarkan, demografi pelanggan kami juga mula meluas ke seluruh Malaysia. Perkembangan ini dipacu oleh pelanggan dari kawasan Lembah Klang dan kami melihat sambutan yang menggalakkan dari Sabah dan Sarawak.
"Satu lagi fakta yang menarik ialah ramai pengguna GXBank terdiri daripada kalangan wanita dan simpanan yang dibuat juga lebih banyak serta disimpan lebih lama,” katanya kepada Sinar Harian.
Penyelesaian untuk rakyat Malaysia
GXBank menekankan pendekatan Solving the X, satu usaha untuk menyelesaikan cabaran kewangan sebenar yang dihadapi rakyat Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif baharu GXBank, Kaushik Chowdhury berkata, sebagai sebuah bank digital yang dibina oleh rakyat Malaysia, GXBank ingin mengembalikan manfaat kepada masyarakat dengan memperkasakan rakyat Malaysia, terutamanya golongan yang kurang mendapat perkhidmatan perbankan.
"Contohnya, dengan menyediakan akses kepada pinjaman untuk keperluan menjana pendapatan. Kami percaya perubahan kecil sebegini boleh membawa impak yang besar kepada kehidupan mereka.
"Apa yang membanggakan, setakat ini produk GX FlexiCredit kami telah mencapai pinjaman seharian sebanyak RM1.4 juta. Ini menunjukkan komitmen kami untuk membantu rakyat Malaysia,” jelasnya.
GXBank jadi penanda aras tahap keselamatan tertinggi
Di samping penawaran produk yang memberi impak, aspek keselamatan juga menjadi teras utama di sebalik cabaran teknologi dan kecerdasan buatan (AI).
Ketua Pegawai Teknologi GXBank, Fadrizul Hasani berkata, ia adalah perkara terpenting dan menjadi keutamaan mereka.
Jelasnya, pelbagai lapisan keselamatan diaplikasikan untuk melindungi data pelanggan, malah mereka kini menjadi penanda aras bagi kebanyakan bank di negara ini.
Selain itu, Bank Negara juga meletakkan standard tertentu untuk dipatuhi industri perbankan yang sangat tegas dalam aspek keselamatan.
"Di GXBank, langkah keselamatan tambahan seperti enkripsi, pengesahan identiti dan pemantauan penipuan digunakan dalam usaha untuk memastikan keselamatan akaun dan maklumat peribadi pengguna terjamin semasa transaksi dalam talian.
"Aplikasi kami juga menawarkan ciri ‘kunci akaun’, yang membolehkan pengguna untuk mengunci akaun melalui aplikasi untuk keselamatan tambahan.
"Selain itu, apabila log masuk ke peranti baru, akan ada tempoh bertenang (cooling off period) selama 12 jam sebelum pengguna boleh menggunakan ciri-ciri lain seperti menghantar duit.
"Ini salah satu usaha untuk memastikan pengalaman perbankan yang selamat dengan mengurangkan potensi risiko dan akses yang tidak dibenarkan,” jelasnya.
GXBank juga dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia dan semua deposit dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga RM250,000 untuk setiap pendeposit selaras dengan piawaian kawal selia.
Fokus segmen PMKS
Melangkah ke hadapan, GXBank turut memberi fokus kepada segmen perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), sambil mengukuhkan teknologi dan inovasi kewangan.
Bercakap mengenai perkembangan sejak ulang tahun pertamanya November lalu, Hildah berkata, mereka kini berada di landasan yang tepat untuk membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Ia dilaksanakan melalui beberapa inisiatif agar dapat mempercepatkan pertumbuhan ekosistem keusahawanan tempatan.
Antara inisiatif tersebut ialah produk baharu seperti GX Biz Banking dan GX FlexiLoan yang menyasarkan PMKS serta program inkubator teknologi TeXnovasi yang dijayakan bersama Grab Malaysia dan disokong oleh Cradle Fund serta 1337 Ventures.
"Untuk menyokong PMKS, kami bakal memperkenalkan GX Biz Banking pada separuh kedua tahun 2025. Produk ini akan membolehkan perniagaan tersebut membuka akaun digital sepenuhnya dengan faedah harian,” jelas Hildah.
Maklum balas daripada pelanggan runcit (retail) telah membentuk banyak aspek strategi bank tersebut, dan pelajaran itu kini dimanfaatkan dalam membangunkan GX Biz Banking untuk perniagaan di Malaysia.
"Melalui akaun GX Biz, usahawan mikro boleh memohon GX Biz FlexiLoan dengan had kredit hingga RM150,000 dan tempoh pembayaran fleksibel sehingga tiga tahun,” terang Hildah.
Beliau menambah, produk GX FlexiCredit yang dilancarkan secara berperingkat mulai November 2024, membolehkan rakyat Malaysia memperoleh akses kepada dana apabila mereka memerlukannya.
"Mereka yang layak boleh menerima kelulusan kredit sehingga RM150,000 dalam masa beberapa minit serta membuat pengeluaran tunai segera dan menyelesaikan pinjaman lebih awal tanpa caj tambahan,” katanya.
Program TeXnovasi dan Impian Gigih sebagai pencetus impak sosial
Selain itu, program TeXnovasi pula menawarkan peluang kepada syarikat pemula (startup) untuk mendapatkan bimbingan dan sokongan.
Hildah berkata, dengan kerjasama bersama pakar industri dan latihan intensif, usahawan teknologi boleh mencipta penyelesaian inovatif yang menyokong pembangunan landskap kewangan Malaysia.
"Menerusi program itu, syarikat terpilih akan diberikan bimbingan peribadi daripada pemimpin industri, di samping bengkel yang dikendalikan oleh pakar mengenai inovasi, kemasukan pasaran dan cara mendapatkan pelaburan.
"Setakat ini, syarikat rintis tempatan yang telah disenarai pendek bagi menyertai program tersebut sedang menjalani fasa pelaksanaan proses pengujian (proof of concept) untuk mengasah dan mengaplikasikan penyelesaian mereka,” katanya.
Sementara itu, Kaushik berkata, menyambung pendekatan Solving the X kepada pendidikan dan mobiliti sosial antara generasi, GXBank turut memperkenalkan program Impian Gigih iaitu satu inisiatif sosial penting dalam pelan keterangkuman dan literasi kewangan (FIL) mereka.
"Program Impian Gigih itu merangkumi tiga teras utama untuk memberi impak kepada komuniti, dermasiswa, biasiswa dan celik kewangan.
"Ketiga-tiga teras ini disasarkan untuk memacu akses kepada perkhidmatan kewangan, meningkatkan celik kewangan serta menggalakkan mobiliti sosial merentas generasi,” katanya.
Pada tahun pertama Impian Gigih Biasiswa, seramai lapan rakyat Malaysia dipilih sebagai penerima sulung biasiswa itu pada Jun 2024.
"Biasiswa ini akan meliputi tuisyen, yuran dan perbelanjaan pendidikan lain sepanjang tempoh pengajian. Mereka juga akan mendapat seorang mentor daripada pegawai pengurusan kami dan perkhidmatan sokongan untuk membantu mereka terus berjaya dalam bidang akademik dan profesional,” ujar beliau.
Selain Biasiswa, GXBank juga turut menzahirkan komitmennya untuk terus membantu mereka yang memerlukan menerusi Impian Gigih Dermasiswa.
Pada bulan Ramadan dan Syawal yang lepas, bersama dengan Grab Malaysia, kedua-dua syarikat tersebut berganding bahu untuk meringankan beban persiapan perayaan bagi keluarga Rakan Grab dan anak-anak dari Yayasan Islam Darul Ehsan.
Selain berbuka puasa bersama, mereka menerima barangan keperluan dan baucar barangan runcit serta duit raya.
Kaushik menjelaskan, di GXBank, mereka percaya bahawa setiap rakyat Malaysia berhak mendapat pendidikan dan peluang untuk mengubah kehidupan dan mencapai potensi penuh masing-masing.
"Impian Gigih bukan sekadar sebuah program perantara, ia merupakan cerminan komitmen teguh kami sejak awal penubuhan bank ini untuk memperkasa daya tahan kewangan setiap rakyat Malaysia,” katanya.

Dari kiri: Fadrizul, Hildah dan Kaushik antara teraju penting bank digital pertama di Malaysia, GXBank.
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi GXBank, Hildah Hamzah yang sebelum ini memegang peranan Ketua Turus berkata, apa yang membanggakan adalah penggunanya merangkumi pelbagai segmen masyarakat termasuk golongan profesional, wanita dan pengguna muda berusia 25 hingga 35 tahun.
"Seiring dengan perkembangan perkhidmatan yang kami tawarkan, demografi pelanggan kami juga mula meluas ke seluruh Malaysia. Perkembangan ini dipacu oleh pelanggan dari kawasan Lembah Klang dan kami melihat sambutan yang menggalakkan dari Sabah dan Sarawak.
HILDAH
"Satu lagi fakta yang menarik ialah ramai pengguna GXBank terdiri daripada kalangan wanita dan simpanan yang dibuat juga lebih banyak serta disimpan lebih lama,” katanya kepada Sinar Harian.
Penyelesaian untuk rakyat Malaysia
GXBank menekankan pendekatan Solving the X, satu usaha untuk menyelesaikan cabaran kewangan sebenar yang dihadapi rakyat Malaysia.
Proses pendaftaran yang singkat, hanya mengambil masa empat minit, menjadikan GXBank sebuah bank mesra pengguna.
Ketua Pegawai Eksekutif baharu GXBank, Kaushik Chowdhury berkata, sebagai sebuah bank digital yang dibina oleh rakyat Malaysia, GXBank ingin mengembalikan manfaat kepada masyarakat dengan memperkasakan rakyat Malaysia, terutamanya golongan yang kurang mendapat perkhidmatan perbankan.
"Contohnya, dengan menyediakan akses kepada pinjaman untuk keperluan menjana pendapatan. Kami percaya perubahan kecil sebegini boleh membawa impak yang besar kepada kehidupan mereka.
KAUSHIK
"Apa yang membanggakan, setakat ini produk GX FlexiCredit kami telah mencapai pinjaman seharian sebanyak RM1.4 juta. Ini menunjukkan komitmen kami untuk membantu rakyat Malaysia,” jelasnya.
GXBank jadi penanda aras tahap keselamatan tertinggi
Di samping penawaran produk yang memberi impak, aspek keselamatan juga menjadi teras utama di sebalik cabaran teknologi dan kecerdasan buatan (AI).
Lapan pelajar cemerlang dan penerima sulung biasiswa program Impian Gigih.
Ketua Pegawai Teknologi GXBank, Fadrizul Hasani berkata, ia adalah perkara terpenting dan menjadi keutamaan mereka.
Jelasnya, pelbagai lapisan keselamatan diaplikasikan untuk melindungi data pelanggan, malah mereka kini menjadi penanda aras bagi kebanyakan bank di negara ini.
Selain itu, Bank Negara juga meletakkan standard tertentu untuk dipatuhi industri perbankan yang sangat tegas dalam aspek keselamatan.
"Di GXBank, langkah keselamatan tambahan seperti enkripsi, pengesahan identiti dan pemantauan penipuan digunakan dalam usaha untuk memastikan keselamatan akaun dan maklumat peribadi pengguna terjamin semasa transaksi dalam talian.
FADRIZUL
"Aplikasi kami juga menawarkan ciri ‘kunci akaun’, yang membolehkan pengguna untuk mengunci akaun melalui aplikasi untuk keselamatan tambahan.
"Selain itu, apabila log masuk ke peranti baru, akan ada tempoh bertenang (cooling off period) selama 12 jam sebelum pengguna boleh menggunakan ciri-ciri lain seperti menghantar duit.
"Ini salah satu usaha untuk memastikan pengalaman perbankan yang selamat dengan mengurangkan potensi risiko dan akses yang tidak dibenarkan,” jelasnya.
GXBank juga dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia dan semua deposit dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga RM250,000 untuk setiap pendeposit selaras dengan piawaian kawal selia.
Fokus segmen PMKS
Melangkah ke hadapan, GXBank turut memberi fokus kepada segmen perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), sambil mengukuhkan teknologi dan inovasi kewangan.
Bercakap mengenai perkembangan sejak ulang tahun pertamanya November lalu, Hildah berkata, mereka kini berada di landasan yang tepat untuk membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Ia dilaksanakan melalui beberapa inisiatif agar dapat mempercepatkan pertumbuhan ekosistem keusahawanan tempatan.
Inisiatif Impian Gigih Dermasiswa pada bulan Ramadan dan persiapan Syawal bersama keluarga Rakan Grab dan anak-anak Yayasan Islam Darul Ehsan.