PM Mongolia letak jawatan susulan protes terhadap gaya hidup mewah anak, keluarga

Iklan
Perdana Menteri Mongolia, Luvsannamsrain Oyun-Erdene meletakkan jawatan susulan protes antirasuah.

MONGOLIA - Perdana Menteri Mongolia, Luvsannamsrain Oyun-Erdene meletakkan jawatan pada Selasa susulan tekanan berterusan daripada siri protes antirasuah yang berlangsung selama beberapa minggu.

Protes berkenaan menyuarakan kemarahan rakyat terhadap dakwaan berkaitan kemewahan keluarga Oyun-Erdene, terutama anak beliau yang gemar mempamerkan gaya hidup dan barangan berjenama mewah miliknya di media sosial, sekali gus mencetuskan gelombang bantahan di ibu kota Ulaanbaatar sejak bulan lalu.

Iklan
Iklan

Menerusi undi percaya di Parlimen, Oyun-Erdene gagal memperoleh sokongan dengan hanya 44 ahli parlimen menyokong beliau, manakala 38 lagi menolak.

Jumlah tersebut tidak mencapai nilai minimum iaitu 64 undi diperlukan daripada 126 kerusi.

Iklan

Oyun-Erdene akur dengan keputusan tersebut dan sempat mengucapkan penghargaan atas kepercayaan yang diberi terhadap khidmatnya.

"Satu penghormatan untuk saya berkhidmat kepada negara dalam masa sukar termasuk sewaktu pandemik Covid-19, perang dan tekanan tarif,” katanya.

Iklan

Beliau akan terus menjalankan tugas sebagai perdana menteri sementara sehingga pengganti baharu dilantik dalam tempoh 30 hari.