49 individu telah dirakam keterangan, tiada petunjuk baharu kes kehilangan Pamela - Polis

Iklan
Pamela Ling

KUALA LUMPUR - Seramai 49 individu telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan berkaitan kes kehilangan Datin Seri Pamela Ling Yueh.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, siasatan masih diteruskan dan polis belum menemui sebarang petunjuk baharu yang boleh membantu mengesan wanita itu.

Iklan
Iklan

"Kita telah mengambil keterangan daripada seorang lagi individu di ibu negara, baru-baru ini bagi membantu siasatan.

"Jumlah itu menjadikan keterangan seramai 49 individu sudah diambil termasuk suami dan anak-anak Pamela Ling," katanya ketika dihubungi, pada Selasa.

Iklan

Pamela, 42, dilaporkan hilang pada 9 April lalu ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya dengan menaiki kenderaan e-hailing. Laporan polis diterima pada 3.02 petang hari sama.

Polis sebelum ini mengesahkan siasatan merangkumi semakan terhadap lokasi terakhir wanita itu, termasuk pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan maklumat perkhidmatan e-hailing yang digunakan.

Iklan