KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini dipersembahkan taklimat pencapaian serta agenda Reformasi Undang-Undang dan Laporan Ketua Audit Negara, dalam dua sesi berasingan yang diadakan di Istana Negara.
Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, taklimat pencapaian serta agenda Reformasi Undang-Undang dipersembahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said kepada Seri Paduka Baginda.