Pelajar 9 tahun dakwa diliwat senior 12 tahun

Iklan
Mohd Yusoff (tengah) yang bercakap kepada pemberita. FOTO SINAR HARIAN - ADILA SHARINNI WAHID

KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun mendakwa diliwat oleh pelajar senior di sebuah institusi pengajian agama di Kelantan, dalam kejadian yang berlaku kira-kira dua bulan lalu.

Kejadian terhadap mangsa yang juga pelajar di pusat berkenaan terbongkar selepas dia mengadu kepada ibunya sebelum laporan polis dibuat dan siasatan lanjut dijalankan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, remaja yang berusia 12 tahun itu ditahan dan disiasat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 dan Akta Mahkamah Juvana 1947.

"Siasatan menunjukkan kejadian itu berlaku dalam kawasan institusi dan hanya sekali.

Iklan

"Kes ini tetap dipandang serius kerana melibatkan penderaan seksual sesama jantina dalam kalangan pelajar bawah umur,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Libat Urus Cakna Remaja: Elak Gejala Sosial, Bina Masa Depan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini pada Selasa.

Menurut beliau, kes seumpama ini membangkitkan keperluan untuk menilai semula undang-undang sedia ada, khususnya berkaitan usia matang dan kebolehpercayaan keterangan saksi bawah umur.

Iklan

"Kami melihat kewajaran mengkaji semula Seksyen 113 Akta Keterangan 1950.

"Budak sekarang cepat matang, cepat besar, malah dalam banyak kes mereka mampu beri keterangan dengan jelas,” katanya.

Tambah beliau, institusi agama tidak terkecuali daripada cabaran sosial masa kini dan perlu memperketat sistem pemantauan serta perlindungan pelajar.

"Kami seru pihak pengurusan institusi lebih proaktif, pastikan persekitaran yang selamat dan bebas risiko jenayah seperti ini,” katanya.