MAKKAH - Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidilharam dan Masjid Nabawi mengaktifkan sistem penyejukan terbesar di dunia dengan kapasiti keseluruhan 155,000 tan.
Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan, sistem tersebut bagi memberi suasana selesa dan menenangkan secara rohani kepada jutaan jemaah menjelang musim Haji 1446 Hijrah.