Rasuah lebuh raya: SPRM syaki terdapat transaksi RM20 juta untuk perjudian

Iklan
Antara kenderaan mewah yang disita SPRM untuk siasatan kes penyelewengan dana pembinaan lebuh raya. Gambar kanan: Antara jam tangan yang disita SPRM untuk siasatan kes penyelewengan pembinaan lebuh raya.

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyaki terdapat transaksi kira-kira RM20 juta berkaitan aktiviti judi hasil penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, transaksi itu dikesan hasil siasatan dijalankan dan mungkin lebih daripada RM20 juta dibelanjakan dalam aktiviti perjudian.

Iklan
Iklan
Sebuah stor minuman keras mewah yang ditemui di sebuah kediaman berhuhung siasatan kes penyelewengan pembinaan lebuh raya.

Menurutnya, sebanyak 300 botol minuman beralkohol mewah turut ditemui di sebuah stor simpanan.

"SPRM masih mengesan aset di dalam negara dan luar negara untuk proses penyitaan.

Iklan

"Setakat ini 45 saksi sudah dirakam percakapan namun hasil setakat semalam (Ahad), Tan Sri terbabit masih berada di dalam wad hospital swasta," katanya pada Isnin.

Media tempatan sebelum ini melaporkan SPRM sudah menyita aset dan membekukan akaun bank dengan nilai keseluruhan RM85.6 juta susulan siasatan membabitkan seorang pemegang konsesi lebuh raya bergelar Tan Sri.

Iklan

Antara yang disita termasuk 14 akaun individu berjumlah RM4.5 juta, lapan akaun syarikat berjumlah RM33 juta, kenderaan mewah bernilai RM7.65 juta, beg tangan bernilai RM3 juta, jam tangan mewah RM7 juta dan hartanah bernilai RM24.5 juta.

Kesemua barang dan aset disita bagi tujuan siasatan lanjut di bawah Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001.