KUALA LUMPUR - Berbekalkan pengalaman lebih 35 tahun dalam menawarkan perkhidmatan serta kepakaran menyelenggara lebuh raya dan jalan, UEM Edgenta Berhad (UEM Edgenta) melalui bahagian Perkhidmatan Infrastruktur (EIS) kekal berdaya tahan meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran semasa.
Kini, syarikat yang mempunyai kepakaran dalam penyelenggaraan lebuh raya dan jalan negeri dan luar bandar sepanjang lebih 9,000 kilometer (km) turut merangkumi penurapan inovatif dan pengurusan fasiliti.
Menurut Ketua Perkhidmatan Infrastruktur UEM Edgenta, Raihana Ahmad, perkhidmatan paling utama yang dikendalikan syarikat berkenaan ialah lebuh raya PLUS termasuk fasiliti di kawasan rehat dan rawat (R&R) milik konsesi tersebut.
"EIS juga menyelenggara jalan-jalan negeri yang berada di bawah bidang kuasa Jabatan Kerja Raya (JKR).
"Dengan kepakaran, peralatan dan mesin yang EIS ada, kita juga turut terlibat dalam pembinaan jalan raya, serta pembaikan dan penurapan semula landasan lapangan terbang. Selain itu, EIS juga melaksanakan perkhidmatan pengurusan trafi k untuk projek-projek seperti MRT, LRT dan pembinaan lebuh raya,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.
Ujarnya, bagi menjamin kualiti dan kemampanan projek-projek di bawah seliaan beliau, beberapa pendekatan utama dan piawaian ditetapkan oleh pihaknya.
"Dalam aspek piawaian, kita mengikuti garis panduan yang ditetapkan dalam Expressway Maintenance System yang dikeluarkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan ini digunapakai oleh semua pengendali lebuh raya di Malaysia.
"Bagi kawalan kualiti pula, kita melaksanakan kawalan kualiti yang ketat semasa pembinaan untuk memastikan projek memenuhi piawaian yang ditetapkan. Ini termasuk pemeriksaan dan ujian bahan secara berkala,” katanya.
Tambahnya, garis panduan lain yang turut ditetapkan ialah audit keselamatan jalan, penilaian kemampanan dan memastikan pelaksanaan amalan terbaik alam sekitar dan sosial selaras dengan piawaian di peringkat tempatan serta global.
Cipta inovasi pembuatan jalan penuhi kriteria ESG
Sementara itu, ditanya mengenai kejayaan dalam aspek inovasi yang dilaksanakan syarikat bagi memenuhi prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), Raihana berkata, EIS menubuhkan sebuah unit dikenali sebagai Pavement Research Center (PRC) yang dipertanggungjawabkan untuk mencari penyelesaian yang inovatif dalam pembuatan jalan juga boleh yang memenuhi kriteria tersebut.
Menurutnya, penubuhan PRC atau pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) sendiri juga menjadi sebagai pelaburan, di samping pihaknya sentiasa mencari jalan dan peluang bagi maju ke depan.
"Di PRC, kajian pembuatan produk yang boleh digunapakai untuk kerja penurapan seperti recycled asphalt pavement dan cold mix premix, bukan sahaja untuk kegunaan sendiri malah akan dipasarkan ke seluruh negara.
"Satu lagi inovasi yang dibangunkan sendiri oleh EIS ialah Road Asset Management System (RAMS). Sistem ini membolehkan kecekapan operasi dan memantau prestasi kerja-kerja yang dijalankan semasa atau selepas.
"RAMS pada mulanya hanya boleh diakses melalui laman web tetapi kini sudah boleh diakses melalui aplikasi di telefon pintar. Data yang dimuat turun dari RAMS akan dianalisa untuk tujuan merancang (preventive maintenance) dan operasi penyelenggaraan infrastruktur yang efisien,” katanya.
Beliau berkata, EIS juga telah melaksanakan mekanisasi dan automasi dengan penggunaan mesin-mesin seperti rabbit mower dan yang terkini, robot pembersih yang diletak di R&R Seremban, inisiatif inovasi yang meningkatkan kecekapan operasi.
Manakala untuk keselesaan pengguna, EIS juga telah pertama kali memasang sistem premium scenting di tandas-tandas R&R."Di samping itu, penggunaan kenderaan keselamatan khas yang dinamakan Truck Mounted Attenuator digunakan untuk keselamatan pekerja semasa bertugas di projek MRT dan lebuh raya,” katanya.
Cabaran besar
Raihana berkata, menjaga keselamatan pekerja dan pengguna, kekangan waktu kerja pada siang hari dan musim cuti yang diwartakan merupakan antara cabaran terpaksa dihadapi pihaknya dalam melaksanakan operasi termasuklah kenaikan harga dan kekurangan bahan bekalan.
"Salah satu inisiatif EIS ialah mendirikan kilang campuran turapan untuk mengatasi masalah dalam bahan bekalan dan dalam masa yang sama dapat membantu meningkatkan produktiviti dan efisiensi," katanya.
"Bencana alam juga memberi cabaran kepada kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan, tetapi dengan pengalaman yang dilalui seperti banjir, EIS sudah mengenalpasti kawasan cenderung banjir dan mempunyai prosedur operasi standard ketika berhadapan dengan situasi ini,” tambahnya lagi.
Raihana dalam masa sama turut berkongsi cabaran unik yang dihadapi pihaknya sepanjang 35 tahun terlibat dalam sektor perkhidmatan infrastruktur iaitu ketika wabak Covid-19 melanda dunia termasuk Malaysia pada 2020 lalu.
Katanya, meskipun ketika itu kerajaan melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP), namun kerja- kerja menyelenggara lebuh raya dan jalan beroperasi seperti biasa untuk mengelakkan kerosakan.
Antara cabaran yang dihadapi adalah kesukaran dalam mendapatkan bekalan bahan-bahan, peralatan dan mesin untuk melaksanakan penyelenggaraan disebabkan sekatan perjalanan, penutupan sempadan dan penutupan kuari.
Impak EIS kepada komuniti EIS dalam usaha memberi balik kepada ekonomi setempat, telah melaksanakan Vendor Development Programme untuk memberi peluang perniagaan kepada kontraktor tempatan.
Sesetengah kontraktor ini bermula dari kelas G1 dan kini telah berjaya berada di tahap G7.
Sementara itu, kilang pembuatan campuran turapan di Cenderiang, Perak yang baru sahaja beroperasi, dijangka akan memberi peluang pekerjaan bagi penduduk sekitar.
Raihana juga berkata, pihaknya telah mengeksport kepakaran dalam pengurusan projek penyelenggaraan lebuh raya melalui projek di Indonesia yang memberi manfaat kepada kontraktor di negara itu, terutama sekali dari segi peningkatan kemahiran.
Visi tingkatkan kecemerlangan operasi, pembangunan modal insan
Sementara itu, Raihana berkata, pihaknya memberi fokus kepada kecemerlangan operasi, inovasi, pembangunan modal insan dan usaha sama strategik agar EIS kekal relevan serta kompetitif dalam pasaran global yang sentiasa berubah.
"Kita sentiasa mencari cara baharu dan kreatif untuk meningkatkan operasi dan menawarkan nilai tambah kepada pelanggan. Inovasi juga memastikan kita sentiasa berada di hadapan dalam industri. Kita juga menumpukan kepada aspek pembangunan modal insan.
"Kita menyediakan peluang kepada pekerja untuk meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka bekerja dengan lebih efi sien dan inovatif agar syarikat boleh lebih berdaya saing dalam industri yang kompetitif ini,” katanya.
Raihana menambah, sebagai sebahagian daripada usaha dalam rangka strategi masa hadapan, EIS kini sedang meningkatkan fokus kepada kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan di negeri Sarawak, Sabah dan negara jiran, Indonesia.
Usaha yang dilakukan itu katanya, selari dengan hasrat untuk meletakkan syarikat sebagai peneraju dalam sektor perkhidmatan infrastruktur di negara ini.

RAIHANA
Iklan

Pasukan EIS sentiasa komited dalam memastikan kawasan lebuh raya terpelihara dengan baik melalui penyelenggaraan landskap yang sistematik.