Kuota tujuh menteri UMNO perlu dikekalkan - Tok Mat
Iklan
Mohamad ditemui pemberita di rumahnya di Rantau, pada Sabtu.
SEREMBAN - Perdana Menteri diharap dapat mengembalikan semula kuota tujuh menteri penuh dalam Kabinet kepada UMNO susulan peletakan jawatan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz daripada parti berkenaan.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini kerana kuota tersebut merupakan asas kepada rundingan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) ketika pembentukan Kerajaan Perpaduan.
Iklan
Iklan
"Saya berharap Perdana Menteri memastikan supaya kerusi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) tersebut terus dipegang oleh UMNO, melainkan jika ada rombakan Kabinet dilakukan, yang mana ia juga perlu dirunding dengan UMNO/BN sebagai rakan dalam kerajaan.
"Jawatan Senator Tengku Zafrul tamat hujung tahun ini, jadi kita tunggulah. Dan jika ada rombakan yang melibatkan jawatan Menteri MITI, ia mestilah kuota UMNO,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Rantau, di sini, pada Sabtu.
Iklan
Berkenaan calon yang dirasakan bersesuaian untuk menggantikan Tengku Zafrul, Mohamad berkata, perkara itu masih belum dibincangkan dan akan diputuskan oleh kepimpinan tertinggi parti.
Sementara itu, ketika diminta mengulas desakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi supaya Tengku Zafrul dikenakan pampasan RM100 juta atas tindakannya keluar parti, Mohamad menjelaskan bahawa pemimpin tersebut tidak terlibat dalam aku janji berkenaan kerana beliau bukan wakil rakyat.
Iklan
"Beliau menjadi menteri atas asas sebagai seorang Senator. Jadi saya tidak nampak aku janji itu dapat dikuatkuasakan ke atas beliau,” katanya.
Beliau turut menasihatkan ahli UMNO agar tidak terlalu beremosi dengan keputusan Tengku Zafrul, kerana pemimpin datang dan pergi.
Apa yang penting, katanya, adalah untuk memperkasakan dan mengukuhkan UMNO dengan mempereratkan silaturahim dalam kalangan ahli sebagai satu pasukan.
"Pemimpin silih berganti, usahlah kita rasa terlalu kesal atau dukacita tentang Tengku Zafrul keluar dari parti.
"Bak kata orang tua-tua, satu atau dua ekor ayam tak berkokok, hari akan tetap pagi, fajar tetap akan menjelma,” katanya.
Barisan Nasional (BN) menegaskan tidak pernah bergaduh jauh sekali bermanja dengan Pakatan Harapan (PH) sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kedua-dua pihak mengekalkan hubungan profesional walaupun bertembung di gelanggang pilihan raya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786352/berita/politik/prn-johor-kita-tidak-pernah-bergaduh-bermanja-dengan-ph---ahmad-zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #BN
Kempen PRN Johor 2026 dah bermula ?️
Jejaki data, peta DUN & simulator keputusan semuanya di satu tempat.