Penyertaan Tengku Zafrul dalam PKR mampu perkukuh parti - Amirudin
Iklan
Amirudin (kiri) dan Tengku Zafrul.
KUALA LUMPUR - Penyertaan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekiranya diterima mampu memperkukuh parti berkenaan, terutamanya di Selangor.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari juga yakin, beliau dan Tengku Zafrul merangkap Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri akan dapat berkerjasama dengan lebih baik.
Iklan
Iklan
"Saya percaya kami boleh bekerjasama dengan erat, kebetulan saya memang bekerjasama erat dengan beliau hatta dalam pentadbiran sebelum ini sewaktu beliau Menteri Kewangan.
"Sekarang beliau Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri kita turut bekerjasama contoh dalam bidang aeroangkasa dan semikonduktor, kami mempunyai kolaborasi yang jitu, kalau beliau berada dalam satu parti saya percaya kerjasama ini akan lebih erat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Lesen Memandu Program MyLesen B2 di sini Dewan Seri Siantan Selayang di sini pada Sabtu.
Iklan
Semalam, Tengku Zafrul menerusi kenyataan di Facebook mengumumkan peletakan jawatannya dalam UMNO serta menyatakan hasrat untuk menyertai PKR.
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Dr Fuziah Salleh pada Sabtu memaklumkan PKR belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada Tengku Zafrul untuk menyertai parti berkenaan, setakat ini.
Iklan
Menjelas lanjut, Amirudin yang juga Naib Presiden PKR menyatakan keyakinan bahawa hubungan parti itu dengan UMNO tidak akan terjejas kerana telah wujud persefahaman antara kedua-dua pihak.
Mengenai desas-desus bahawa penyertaan Tengku Zafrul dalam PKR adalah bagi menggantikan dirinya sebagai Menteri Besar Selangor, Amirudin berkata:"Pada pendapat saya, terlalu panjang ceritanya, saya tak rasa ada jalan itu sebab nak kena buat pilihan raya kecil lagi".
"Kita hanya berbaki dua tahun setengah, jadi tidak banyak kita boleh aturkan, kita kena lihat lagi sebarang perkembangan terkini," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua dan Ahli Parlimen Gombak.
Amirudin sempat berseloroh meminta Tengku Zafrul yang akan menunaikan ibadah haji supaya mendoakan beliau kekal sebagai Menteri Besar Selangor. - Bernama
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.