Port Dickson siap sedia sambut delegasi Mesyuarat Kepengerusian ASEAN September Ini

Iklan
Nicole (tengah) menyempurnakan Port Dickson Festival pada Jumaat.

PORT DICKSON - Daerah ini kini giat melaksanakan persiapan rapi bagi menyambut Mesyuarat Kepengerusian ASEAN yang dijadual berlangsung pada 9 dan 10 September depan di Lexis Hibiscus di sini.

Mesyuarat itu bakal menghimpunkan wakil dari 10 negara ASEAN serta 20 negara rakan strategik, selaras dengan peranan Malaysia sebagai tuan rumah Kepengerusian ASEAN 2025.

Iklan
Iklan

Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon berkata, pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan telah digerakkan bagi memastikan persiapan berjalan lancar menjelang ketibaan delegasi antarabangsa.

"Penekanan diberikan kepada aspek kebersihan, kemudahan awam, keceriaan kawasan serta pengisian program yang menampilkan keunikan budaya Negeri Sembilan.

Iklan

"Melalui layanan yang mesra akan memberikan kenangan indah kepada perwakilan delegasi ini untuk melancong ke Negeri Sembilan pada tahun hadapan bersempena Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026,” katanya pada perasmian Port Dickson Festival 2025 di Pantai Batu 1 di sini pada Jumaat.

Kemeriahan Port Dickson Festival yang akan berlangsung sehingga 1 Jun ini.

Mengulas lanjut Nicole berkata, antara pengisian yang dirancang termasuklah persembahan kebudayaan, alat muzik tradisional, pameran busana tempatan serta hidangan makanan warisan Negeri Sembilan.

Iklan

Selain itu katanya, beberapa lokasi tarikan pelancongan di sekitar daerah ini sedang dikenal pasti untuk dilawati oleh delegasi sepanjang lawatan mereka ke daerah berkenaan.

"Ini bukan sekadar mesyuarat, tetapi juga peluang strategik untuk memperkenalkan Negeri Sembilan di peringkat serantau dan antarabangsa.

"Kerajaan Negeri Sembilan melalui Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan sentiasa memberikan kerjasama dan bantuan dari segi peruntukan untuk membantu daerah mempromosikan industri pelancongan," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, program Port Dickson Festival 2025 merupakan acara pelancongan yang telah dimasukkan dalam Kalendar Pelancongan Negeri

Sembilan Tahun 2025 berlangsung dari 29 Mei hingga 1 Jun ini menyasarkan kedatangan pengunjung sehingga 100,000 orang sempena cuti sekolah.

Tambah beliau, program julung kali diadakan ini merupakan satu acara festival makanan menghimpunkan kepelbagaian makanan tradisi, viral dan popular di dalam dan luar Negeri Sembilan anjuran Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan.