Anggota tentera maut dirempuh lori ketika dalam perjalanan ke masjid

Iklan
Lori terbabit turut melanggar gerai makanan dan dinding pagar masjid.

SUNGAI BULOH – Perjalanan seorang anggota tentera menuju ke Masjid Bandar Baru Sungai Buloh untuk menunaikan solat Jumaat berakhir tragedi apabila dirempuh sebuah lori yang dipercayai mengalami masalah brek dalam kejadian di Jalan Kuala Selangor di sini.

Lori terbabit yang hilang kawalan itu turut melanggar sebuah lagi motosikal, gerai makanan serta dinding pagar berdekatan masjid berkenaan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.35 tengah hari itu, mangsa menunggang motosikal dari kuarters tentera, Kem Paya Jaras menuju ke Masjid Bandar Baru Sungai Buloh untuk menunaikan solat Jumaat.

Lori terbabit dipercayai mengalami masalah brek telah melanggar mangsa yang ketika itu sedang membelok masuk ke arah parkir di belakang masjid.

"Siasatan mendapati ketika kejadian sebuah lori dipercayai mengalami masalah brek telah melanggar mangsa yang ketika itu sedang membelok masuk ke arah parkir di belakang masjid.

Iklan

"Lori terbabit turut merempuh sebuah lagi motosikal lain, gerai makanan serta dinding konkrit pagar masjid," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, kejadian mengakibatkan mangsa tersepit di bawah lori terbabit.

Iklan
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk tindakan lanjut," katanya.

Menurutnya, jenazah mangsa akan dibawa pulang ke Kota Samarahan, Sarawak untuk urusan pengebumian.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang melihat kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Che Hassan Ambok di talian 013-394 0423 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di talian 03-61561222," katanya.