Dipukul gara-gara marah ditegur guna telefon bimbit ketika memandu

Iklan
Tangkap layar video tular menunjukkan mangsa dipukul dalam kejadian di KSB pada Khamis.

KEMAMAN - Seorang pemandu lori tampil membuat laporan polis selepas mendakwa dipukul oleh empat individu, termasuk seorang anggota polis bantuan, dalam kejadian di Pangkalan Bekalan Kemaman (KSB), pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, lelaki berusia 30 tahun itu membuat laporan di Balai Polis Chukai, pada Jumaat, susulan kejadian yang turut tular di media sosial melalui satu rakaman video berdurasi 32 saat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, insiden berlaku kira-kira jam 11.30 pagi ketika mangsa sedang mengundurkan lori selepas selesai menghantar barang di lokasi berkenaan.

"Seorang anggota polis bantuan telah menegur mangsa supaya tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Namun, mangsa didakwa enggan memberikan kerjasama dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Iklan

"Malah, mangsa turut mencabar anggota tersebut untuk menumbuknya, sebelum berlaku pergaduhan,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Mohd Razi berkata, mangsa menerima rawatan di Hospital Kemaman dan mengadu mengalami kesakitan pada beberapa bahagian badan termasuk mata kiri, mulut, lengan dan belakang kepala.

Iklan

"Setakat ini kita masih menunggu laporan perubatan rasmi," katanya.

Beliau berkata, polis telah mengenal pasti semua suspek yang terlibat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Sebelum ini, tular video memaparkan pemandu lori tersebut dipukul sebaik turun dari lori, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.