Akaun WhatsApp Saifuddin Nasution digodam guna VPN luar negara
Iklan
Saifuddin Nasution
KUALA LUMPUR - Akaun WhatsApp milik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang digodam baru-baru ini dipercayai menggunakan rangkaian persendirian maya (VPN) dari luar negara.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, siasatan awal mendapati penggodam telah menyamar sebagai menteri berkenaan dengan menghantar pautan mencurigakan kepada beberapa kenalan melalui aplikasi WhatsApp.
Iklan
Iklan
"Penggodam bertindak mengakses akaun WhatsApp sebelum menyebarkan pautan URL kepada kenalan mangsa. Semakan mendapati tiada sebarang kerugian dilaporkan setakat ini kerana tindakan pantas diambil oleh pegawai-pegawai menteri yang segera melaporkan kejadian itu,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat JSJK Bukit Aman di sini, pada Jumaat.
Iklan
Tambahnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997.
"Polis sedang mengesan lokasi dan keberadaan pelaku terbabit untuk tindakan lanjut,” katanya.
Iklan
Terdahulu, Pejabat Menteri Dalam Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa akaun WhatsApp Saifuddin telah digodam dan laporan rasmi telah dibuat kepada pihak berkuasa.
Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak mengakses sebarang pautan mencurigakan yang dihantar daripada nombor milik menteri tersebut, sehingga siasatan selesai.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>