Tiga maut kereta bertembung bas ekspres

Iklan
Dua wanita dan seorang lelaki maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kampung Sungai Sam, Kuala Krai pada Jumaat.

KUALA KRAI - Dua wanita dan seorang lelaki maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kampung Sungai Sam di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi itu ketiga-tiga mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi tersepit manakala pemandu bas mengalami kecederaan ringan.

Iklan
Iklan

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Pegawai Bomba Kanan II, Ahmad Idris Mohamad berkata, kesemua mangsa meninggal di lokasi kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Kami menggunakan alatan khas untuk mengeluarkan mangsa-mangsa yang tersepit," katanya dalam satu kenyataan.

Iklan
Iklan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Mazlan Mamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.