Manitoba isytihar darurat, 17,000 penduduk dipindahkan hutan terbakar

Iklan
Kebakaran hutan menyebabkan pengisytiharan darurat dan pemindahan penduduk di Sherridon, Manitoba, Kanada. - Foto: Agensi

OTTAWA – Lebih 17,000 penduduk di wilayah Manitoba, tengah Kanada telah dipindahkan susulan insiden kebakaran hutan paling buruk dalam tempoh beberapa tahun yang melanda kawasan berkenaan.

Ketua Menteri Manitoba, Wab Kinew berkata, pesawat tentera akan segera dikerahkan dalam masa terdekat ke kawasan yang turut diisytiharkan darurat itu bagi membantu perpindahan penduduk terlibat.

Iklan
Iklan

"Ini merupakan pemindahan terbesar dalam sejarah hidup kebanyakan penduduk Manitoba.

"Buat kali pertama, kebakaran tidak berlaku di satu kawasan sahaja, tetapi melibatkan seluruh wilayah. Inilah petanda perubahan iklim yang perlu kita hadapi dan sesuaikan diri,” katanya.

Iklan

Pada tahun 2023, Kanada mencatatkan rekod kebakaran hutan terburuk dalam sejarah sehingga menyebabkan kematian melibatkan anggota bomba.

Kini terdapat 134 kebakaran aktif di seluruh Kanada termasuk di British Columbia, Alberta, Saskatchewan, Manitoba dan Ontario dengan separuh daripadanya dianggap di luar kawalan.

Iklan