Perak rancak pembangunan ekonomi
Iklan
Saarani (kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Mohamed Hassan (kanan) sambil disaksikan Ahmad Zahid dalam satu majlis yang berlangsung sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2025.
KUALA LUMPUR – Perak melakar satu lagi pencapaian penting sebagai usaha merancakkan pembangunan ekonomi menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) bagi menjadikan Bagan Datuk sebagai Hab Maritim Antarabangsa.
Perjanjian yang dimeterai sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2025 itu menyaksikan Kerajaan Negeri Perak melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) mengukuhkan kerjasama dalam tiga sektor utama berimpak tinggi iaitu pembangunan infrastruktur maritim, teknologi industri halal dan kecerdasan buatan (AI) serta sekuriti makanan mampan.
Iklan
Iklan
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kerjasama strategik ini membuktikan keyakinan pelabur antarabangsa terhadap potensi Perak sebagai destinasi pelaburan masa hadapan dan selari dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030.
"Inisiatif ini mencerminkan kesediaan Perak untuk menerajui sektor masa depan seperti perdagangan global, teknologi AI dan sekuriti makanan.
Iklan
"Ia bukan sekadar menarik pelaburan tetapi juga membina keupayaan negeri dalam industri baharu yang bernilai tinggi,” katanya dalam kenyataan media pada Khamis.
Jelasnya, pencapaian tersebut menyumbang secara langsung kepada Flagship 9 iaitu Program Mesra Pelabur serta Flagship 13, Hab Pelabuhan dan Maritim yang menjadi tunjang pelan Perak Sejahtera 2030.
Iklan
MoU bersama kerajaan UAE menetapkan kerangka kerjasama dalam sektor sekuriti makanan mampan termasuk pelaburan dalam pertanian lestari, teknologi pengeluaran makanan dan jaringan perdagangan serantau.
Menteri Pelaburan UAE, Mohamed Hassan Alsuwaidi berkata, kolaborasi bersama Malaysia khususnya Perak merupakan bukti hubungan dua hala yang kukuh serta saling mempercayai antara kedua-dua negara.
"Melalui kerjasama ini, kita bukan sahaja memperkukuh rantaian bekalan serantau, tetapi juga menunjukkan komitmen terhadap pembentukan sistem makanan global yang stabil,” katanya.
Sementara itu, MoU dengan CHEC Construction iaitu anak syarikat kepada firma infrastruktur antarabangsa China Harbour Engineering Company Ltd, memperincikan pembangunan Terminal Serba Guna Hab Maritim Antarabangsa Bagan Datuk (BDI-SMT) yang dijangka menjadi nod perdagangan utama Asia.
Projek ini juga menyokong pembangunan Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LUMIC) sebagai pemacu pertumbuhan baharu berasaskan maritim, logistik dan industri.
Dalam perkembangan sama, Ketua Eksekutif PKNPk, Datuk Redza Rafiq menjelaskan, inisiatif strategik ini memberi kesan langsung kepada ekonomi tempatan melalui penciptaan pekerjaan, pemindahan teknologi serta penaiktarafan prasarana.
Keselamatan pergerakan penumpang di sempadan Malaysia-Singapura menerusi Sistem Transit Rapid (RTS) Link bakal diperkukuh dengan penggunaan 100 alat pengimbas “automatic e-gate”, sekali gus mengekang jenayah rentas sempadan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keupayaan alat pengimbang teknologi baharu itu ditunjukkan menerusi demonstrasi peralatan keselamatan ketika meninjau persiapan sempena Latih Amal Keselamatan RTS Malaysia-Singapore Cross-Border Joint Exercise, Field Training Exercise (FTX) 2026.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802356/berita/nasional/mesin-pengimbas-canggih-kesan-apa-sahaja-pada-badan-penumpang-rts-malaysia-singapura---saifuddin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.