GAZA - Angka kematian di Semenanjung Gaza kini meningkat kepada 54,249 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak Israel melancarkan serangan ketenteraannya pada 7 Oktober 2023, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA) yang memetik sumber perubatan pada Rabu.
Jumlah yang cedera pula meningkat kepada 123,492 orang, dengan ribuan lagi masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan, manakala usaha menyelamat terus terjejas teruk akibat pengeboman berterusan.