Pelajar Labuan raih markah matematik IGCSE terbaik dunia

Iklan
Pelajar dari Labuan, Sharaneshri Saravanan dan Nicole Chia Xin Dong mengharumkan nama pulau ini apabila meraih gelaran ‘Top in the World’ bagi Sijil Am Antarabangsa Sekolah Menengah (IGCSE) Matematik bagi siri peperiksaan November 2024, masing-masing meraih markah 100 peratus.

LABUAN - Pelajar dari Labuan, Sharaneshri Saravanan dan Nicole Chia Xin Dong mengharumkan nama pulau ini apabila meraih gelaran ‘Top in the World’ bagi Sijil Am Antarabangsa Sekolah Menengah (IGCSE) Matematik bagi siri peperiksaan November 2024, masing-masing meraih markah 100 peratus.

Iklan
Iklan

Kedua-dua pelajar Sekolah Antarabangsa Labuan (LIS) itu menerima anugerah berkenaan di Universiti Sunway, Selangor yang disampaikan oleh Pengarah Rantau Negara bagi Asia Tenggara dan Pasifik, Pendidikan Antarabangsa, Cambridge University Press & Assessment Kanjna Paranthaman.

Pengetua LIS, Fadlin Aimuni berkata, kejayaan itu bukan hanya mengetengahkan kecemerlangan individu tetapi juga menonjolkan asas akademik sekolah itu yang kukuh.

Iklan

"Kedua-dua pelajar ialah suri teladan, cemerlang bukan sahaja dalam akademik tetapi juga dalam sukan, muzik dan debat, aktif mewakili LIS dalam pelbagai pertandingan.

"Pencapaian mereka mencerminkan pendekatan holistik LIS terhadap pendidikan yang memupuk kecemerlangan meliputi minda, fizikal dan sikap,” katanya kepada Bernama. - Bernama

Iklan