Beruang matahari 105kg masuk perangkap

Iklan
Beruang matahari seberat 105kg berjaya ditangkap PerhilitanTerengganu di Kampung Merbau Menyusut, di sini pagi Khamis.

BANDAR PERMAISURI - Seekor beruang matahari seberat 105 kilogram berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu di Kampung Merbau Menyusut, di sini pagi tadi.

Iklan
Iklan

Pengarahnya, Loo Kean Seong berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk kampung berhubung gangguan haiwan tersebut pada 8 Mei lepas.

"Bertindak atas laporan itu, anggota Perhilitan telah memasang sebuah perangkap hanya satu meter daripada bahagian dapur sebuah rumah di kampung berkenaan pada hari yang sama (laporan diterima).

Beruang jantan ini dalam keadaan sihat dan telah dilepaskan ke habitat semula jadi yang sesuai.

Iklan

"Beruang jantan ini dalam keadaan sihat dan telah dilepaskan ke habitat semula jadi yang sesuai kira-kira jam 12 tengah hari tadi," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai gangguan hidupan liar diminta segera menghubungi Perhilitan untuk tindakan lanjut. - Bernama

Iklan