KUALA LUMPUR – Tiga naskhah al-Quran keluaran Karya Bestari mencatat jualan tertinggi sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Al-Quran Multazam A6 (Organizer) dijual pada harga promosi RM32.30, diikuti Multazam A6 biasa (RM23.80) dan Multazam A5 (RM32), menjadi pilihan utama pengunjung kerana reka bentuk praktikal dan kandungan interaktif.
Eksekutif Pemasaran Al-Quran Karya Bestari, Muhamad Asyraf Jalaluddin berkata, Al-Quran bukan sekadar bahan bacaan, tetapi keperluan ibadah harian yang menjadi asas kepada pemilihan setiap individu.
"Isi kandungan Al-Quran adalah sama, tetapi keperluan setiap orang berbeza. Ada yang mencari saiz besar sesuai untuk bacaan warga emas, ada yang perlukan saiz kecil untuk kemudahan dibawa ke mana-mana,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di reruai Karya Bestari di WTCKL pada Rabu.
Antara edisi utama yang ditawarkan ialah Al-Quran Multazam, yang dilengkapi terjemahan dan tafsir hadis pilihan bagi setiap halaman, serta Al-Quran Andalus, yang menyediakan terjemahan setiap kalimah sesuai untuk mempelajari Bahasa Arab melalui ayat-ayat suci.
Harga Al-Quran di reruai Karya Bestari ditawarkan serendah RM18 bagi edisi asas Mushaf Simili, manakala RM135 (selepas diskaun) bagi edisi premium Al-Quran Amazing Perjilid, daripada harga asal RM210.
"Kita tawarkan diskaun sehingga 20 peratus untuk pemegang kad keahlian Krangkraf manakala pengunjung biasa menikmati diskaun 15 peratus. Kad ini hanya RM10 untuk seumur hidup dan sah di semua acara anjuran Karangkraf dan Karya Bestari,” ujarnya.
Tambah beliau, perkhidmatan custom nama tulisan khat turut ditawarkan kepada pengunjung yang ingin mencetak nama pada kulit Al-Quran atau penanda buku mengikut pilihan pilihan masing-masing.
"Ini antara tarikan utama kerana ia memberi nilai peribadi kepada naskhah Al-Quran yang dibeli,” katanya.
PBAKL 2025 menyaksikan reruai penerbit tempatan seperti Karya Bestari menjadi antara yang paling mendapat perhatian kerana jualan produknya yang berkualiti dan menepati kehendak semasa.
INFO
Al-Quran Paling Laris di PBAKL 2025 (Karya Bestari)
Al-Quran Multazam A6 – Organizer
Al-Quran Multazam A6
Al-Quran Multazam A5
Al-Quran Andalus
Al-Quran Mu’jam – Organizer
Al-Quran Muslimah HC A5
Al-Quran Andalus B4
Al-Quran Mu’jam
Al-Quran Perjuzuk Riyadh
Al-Quran Mushaf Al-Kubra Wakaf Ibtida