SEPANG - Polis sedang menyiasat berkaitan kes seekor anak kucing peliharaan dipercayai mati akibat dianiaya selepas disyaki dicuri sekumpulan kanak-kanak di kawasan perumahan Bandar Baru Salak Tinggi di sini.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada pemilik kucing berkenaan yang mendakwa haiwan peliharaannya itu dianiaya hingga menyebabkan kematian.