Lelaki maut motosikal langgar lembu

Iklan
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlanggar seekor lembu di Kilometer 3, Jalan Lok Heng–Mawai, di sini pada Selasa.

KOTA TINGGI - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlanggar seekor lembu di Kilometer 3, Jalan Lok Heng–Mawai, di sini pada Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman, kejadian dipercayai berlaku pada jam 7.35 malam ketika mangsa yang berusia 47 tahun menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC SE (FI) dalam perjalanan dari arah Mawai menghala ke Aping Barat.

Iklan
Iklan

"Setibanya di lokasi, motosikalnya hilang kawalan dan mangsa terjatuh di atas jalan selepas terlanggar seekor lembu.

"Mangsa cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk siasatan lanjut,” ujarnya.

Iklan

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan