JOHOR BAHRU – [DIKEMAS KINI] Mayat kanak-kanak perempuan dipercayai berusia antara lima hingga tujuh tahun ditemukan dalam keadaan terapung di Sungai Skudai pagi tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, pihaknya menerima laporan kira-kira jam 9.41 pagi daripada seorang lelaki tempatan berumur 70 tahun yang menemui mayat berkenaan ketika berada di kawasan sungai tersebut.
Iklan
Iklan
"Siasatan awal mendapati mayat berkenaan adalah seorang kanak-kanak perempuan yang masih belum dikenal pasti identitinya.
"Mangsa memakai gelang kaki di kaki kiri yang mempunyai logo ‘LOVE’ serta tulisan ‘IV’,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Untuk rekod, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian.
Polis meminta mana-mana individu yang menyedari kehilangan anak atau ahli keluarga yang sebaya dengan mangsa agar segera tampil membuat laporan polis.
Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini diminta untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara di talian 07-5563122 bagi membantu siasatan.