PM tidak campur tangan laporan Ketua Audit Negara

Iklan
Anwar ketika menyampaikan ucapan penutup Persidangan Juruaudit ASEAN pada Rabu.

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah campur tangan dalam penyediaan laporan Ketua Audit Negara meskipun menerima taklimat mengenainya.

Ia sejajar dengan komitmen kerajaan terhadap prinsip tadbir urus yang telus dan bertanggungjawab.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan kepada Kabinet dan Parlimen untuk dibahas secara terbuka tidak melalui sebarang pengubahsuaian atau tapisan daripada pihaknya.

"Iya mereka (Jabatan Audit Negara ) memang beri taklimat kepada saya, baru-baru ini dalam tempoh dua minggu tetapi ia bukan untuk saya ubah atau masuk campur.

Iklan

"Taklimat itu sekadar untuk makluman sebelum laporan dibentang kepada Jemaah Menteri dan kemudiannya ke Parlimen untuk perbahasan terbuka.

"Inilah yang kita maksudkan dengan tadbir urus baik dan ketelusan,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penutup Persidangan Juruaudit ASEAN di sini pada Rabu.

Tegas Anwar, keutamaan kerajaan dalam memartabatkan akauntabiliti dan integriti bukan sekadar slogan, sebaliknya diterjemah melalui tindakan seperti memberi kebebasan penuh kepada institusi audit menjalankan tugas tanpa gangguan.

Beliau dalam masa sama turut memuji Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi yang disifatkannya sebagai wanita besi kerana tetap teguh melaksanakan tugas walaupun terpaksa berdepan tekanan dan tindakan yang tidak popular.

"Saya tahu tidak mudah (kerana) kadangkala tindakan berdasarkan laporan audit akan menimbulkan kemarahan pihak tertentu yang berkepentingan, tapi inilah harga yang perlu dibayar demi memastikan sistem kita bersih,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menekankan bahawa kuasa audit yang bebas akan mengukuhkan lagi integriti dan tadbir urus, sekali gus memberi kesan positif terhadap kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI).

"Ini penting supaya institusi audit boleh ikut jejak akauntabiliti ke mana sahaja ia membawa. Akhirnya akan kukuhkan integriti dan tadbir urus dalam sistem kita,” jelas beliau.

Katanya, pengalaman skandal besar seperti 1MDB membuktikan bagaimana firma audit besar sekalipun tidak kebal daripada bersekongkol dalam penyelewengan, justeru mekanisme kawalan perlu diperkasa.

"Institusi audit mesti bebas dan bebas itu bukan sekadar bebas daripada politik, tetapi juga daripada pengaruh korporat dan kepentingan luar,” tegasnya.

Sementara itu, menyentuh mengenainya kerjasama serantau, Anwar berkata, ASEAN perlu terus menonjolkan diri sebagai rantau yang aman dan berpegang kepada prinsip tadbir urus baik serta kebertanggungjawaban.

"Kita mahu ASEAN menjadi contoh rantau yang paling aman dan ekonomi yang berkembang paling pesat di dunia tapi bukan kerana angka semata-mata, tetapi kerana kita junjung prinsip integriti dan akauntabiliti,” ujarnya.

Beliau juga menyatakan sokongan terhadap Wawasan ASEAN 2045 yang menurutnya mampu melonjakkan peranan institusi audit di peringkat serantau.