Negara anggota ASEAN ikrar perkukuh kerjasama serantau bagi keterjaminan ubat

Iklan
Negara-negara anggota ASEAN mengisytiharkan komitmen untuk memperkukuh kerjasama serantau bagi meningkatkan keselamatan bekalan ubat-ubatan menerusi inisiatif ASEAN Drug Security and Self-Reliance (ADSSR) serta Rangka Kerja Kerjasama Serantau bagi ADSSR. Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Negara-negara anggota ASEAN mengisytiharkan komitmen untuk memperkukuh kerjasama serantau bagi meningkatkan keselamatan bekalan ubat-ubatan menerusi inisiatif ASEAN Drug Security and Self-Reliance (ADSSR) serta Rangka Kerja Kerjasama Serantau bagi ADSSR.

Menerusi deklarasi yang diterima pakai pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 pada Isnin, negara anggota juga komited untuk mengukuhkan kesinambungan kitaran hayat ubat-ubatan meliputi aspek pengeluaran, pendaftaran, pemerolehan dan pengedaran.

Iklan
Iklan

Langkah ini bertujuan memastikan rantaian bekalan ubat-ubatan tidak terganggu serta menjamin ketersediaan ubat-ubatan yang selamat, berkesan dan berkualiti sepanjang masa.

"Perkara ini mungkin dapat dicapai melalui platform komunikasi dan perkongsian data yang dipertingkatkan, bagi memastikan kejayaan kerjasama merentasi semua domain,” menurut deklarasi tersebut yang dikeluarkan selepas sidang kemuncak dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan yang berakhir semalam.

Iklan

Deklarasi itu turut menekankan kepentingan penjajaran laluan pengawalseliaan dalam kalangan negara anggota ASEAN, serta kerjasama dalam pemerolehan dan pembekalan produk farmaseutikal, khususnya ketika kecemasan kesihatan awam. - Bernama

Iklan