Bom tangan mahu lempar ke rumah bekas kekasih 'makan diri'

Iklan
Seorang lelaki cuba melemparkan bom tangan ke arah rumah bekas kekasihnya gagal apabila rancangan itu meragut nyawanya sendiri di daerah Tha Chana, wilayah Surat Thani di selatan Thailand. - Foto: Agensi

SURAT THANI - Cubaan seorang lelaki cuba melemparkan bom tangan ke arah rumah bekas kekasihnya gagal apabila rancangan itu meragut nyawanya sendiri.

Pelaku dikenali sebagai Surapong Thongnak, 35, bertindak menyerang kediaman bekas teman wanitanya di daerah Tha Chana, wilayah Surat Thani di selatan Thailand selepas mereka terlibat pertengkaran pada akhir minggu lalu.

Iklan
Iklan

"Surapong bertindak sedemikian selepas bekas kekasihnya enggan berbaik semula. Dia yang naik angin cuba menikam wanita itu dengan gunting, namun sempat dihalang jiran tetangga.

"Pelaku kembali semula ke kereta miliknya dan mengambil bom tangan tersebut dan menarik pin sebelum membalingnya ke arah kumpulan jiran berkenaan. Tetapi, bom tangan M26 itu tidak meletup.

Iklan

"Surapong mengutipnya, namun ia meletup serta-merta sebelum sempat dilemparkan semula dan mencederakan empat individu manakala bekas kekasihnya terselamat. Mayatnya ditemui dalam keadaan berlumuran darah di hadapan rumah wanita itu," lapor media tempatan,

Sementara itu, pemeriksaan dilakukan ke atas kenderaan pelaku yang turut musnah akibat letupan berkenaan telah menemukan 500 gram syabu di dalam sebuah botol.

Iklan

Pada 2020, Surapong pernah dipenjarakan selama lima bulan berhubung kes berkaitan dadah. - Agensi