Bomba selamatkan wanita terperangkap dalam kebakaran

Iklan
Keadaan sebuah unit flat yang terbakar dalam kejadian di Taman Bayu Perdana pada Selasa.

KLANG – Seorang wanita berjaya diselamatkan oleh anggota bomba selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah unit flat di Taman Bayu Perdana, di sini pada Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 2.27 petang.

Iklan
Iklan

"Seramai 13 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang dan BBP Sri Andalas bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira enam kilometer,” katanya.

Ahmad Mukhlis berkata, sebaik tiba di lokasi kira-kira jam 2.33 petang, pihaknya mendapati kebakaran melibatkan sebuah unit flat di tingkat tiga yang terbakar sebanyak 20 peratus.

Iklan

"Seorang wanita berusia 27 tahun yang terperangkap di dalam rumah telah berjaya diselamatkan oleh anggota bomba.

"Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan. Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 2.40 petang dan kerja-kerja ‘overhaul’ sedang dijalankan,” ujarnya.

Iklan