Pengawal keselamatan maut ditetak: Polis rakam keterangan lapan saksi

Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung seorang pengawal keselamatan maut ditetak rakannya di Taman Intan Baiduri, pada Ahad. Gambar kanan: Ahmad Sukarno

KUALA LUMPUR – Seramai lapan individu telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan berkaitan kes seorang pengawal keselamatan yang maut ditetak rakannya di Taman Intan Baiduri, di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, kesemua individu tersebut merupakan saksi.

Iklan
Iklan

"Setakat ini, belum ada tangkapan, namun kita sudah mengenal pasti suspek dan sedang mengesannya,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Pada Isnin, media melaporkan bahawa polis menerima maklumat berkaitan insiden pergaduhan pada jam 9.23 malam, Ahad.

Iklan

Polis tiba di lokasi kira-kira tiga minit kemudian dan mendapati mangsa berusia 44 tahun telah meninggal dunia.

Ahmad Sukarno dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati mangsa telah pergi ke sebuah kuil sebelum minum bersama sekumpulan lelaki di hadapan rumah ibadat tersebut.

Iklan

Difahamkan berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek, sebelum suspek beredar dan kembali semula untuk menetak mangsa.

Beliau berkata, kejadian tersebut berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan suspek.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.