GAZA CITY – Sekurang-kurangnya 81 orang terbunuh dalam serangan Israel di seluruh Gaza sejak awal Isnin, termasuk 53 di Bandar Gaza, menurut sumber perubatan.
Wartawan Al Jazeera di Washington melaporkan bahawa"mesej yang sangat berbeza” muncul daripada Hamas dan pegawai Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah laporan bahawa kumpulan Palestin tersebut telah bersetuju dengan cadangan gencatan senjata yang dikemukakan oleh AS untuk Gaza.