Gangguan bekalan air dua hari di Seremban, Port Dickson mulai Selasa

Iklan
Notis pemakluman gangguan air bagi kerja penyelenggaraan LRA Ngoi-Ngoi mulai Selasa.

SEREMBAN – Beberapa kawasan di Seremban dan Port Dickson dijangka mengalami gangguan bekalan air berjadual selama dua hari bermula Selasa ini berikutan kerja-kerja penyelenggaraan di Loji Rawatan Air (LRA) Ngoi-Ngoi.

Ia membabitkan seluruh kawasan Lenggeng, Mantin, Pajam, Nilai dan Sikamat di Seremban.

Iklan
Iklan

Sementara itu, kawasan terjejas di Port Dickson melibatkan Bayu Sutera dan Kampung Jimah Lama.

Menurut notis yang dikeluarkan oleh Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains), gangguan itu akan bermula pada jam 8 pagi Selasa dan dijangka berakhir pada jam 8 pagi Khamis.

Iklan

"Kerja-kerja penyelenggaraan ini penting bagi memastikan sistem bekalan air terus berfungsi dengan baik dan selamat untuk kegunaan pengguna,” katanya menerusi perkongsian di Facebook rasminya.

Sains turut memaklumkan bahawa langkah kontingensi telah disediakan sekiranya gangguan berlarutan melebihi 24 jam, termasuk penghantaran air menggunakan lori tangki ke kawasan terjejas.

Iklan

Pada masa sama, Sains menasihatkan pengguna agar menyediakan simpanan air yang mencukupi untuk kegunaan harian semasa tempoh penutupan.

"Kerja-kerja ini merupakan salah satu usaha berterusan Sains dalam meningkatkan mutu perkhidmatan bekalan air.

"Orang ramai yang memerlukan bantuan kecemasan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian Sains di 1300-88-6982,” ujar kenyataan itu.