Segera daftar sumbangan khairat kematian RM1,000

Iklan
Kerajaan Selangor memperuntukkan RM20 juta peruntukan bagi Khairat Darul Ehsan

SHAH ALAM - Pendaftaran skim Khairat Darul Ehsan (KDE) yang disediakan kerajaan Selangor melalui sumbangan kematian sebanyak RM1,000 dibuka mulai 1 Jun hingga 31 Disember.

Mana-mana individu yang layak iaitu berusia 50 tahun ke atas serta orang kelainan upaya (OKU) disaran untuk membuat permohonan menerusi laman sesawang kde.yawas.com.my.

Iklan
Iklan

Semua penerima Skim Mesra Usia Emas, Iltizam Selangor Sihat dan Skim Insurans Am Selangor didaftar secara automatik tetapi mereka perlu mengemas kini maklumat dan setuju dengan terma.

Sebarang maklumat lanjut berkaitan pendaftaran skim itu boleh hubungi mana-mana pusat khidmat Dewan Undangan Negeri atau Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) melalui talian 03-5481 8800.

Iklan

Exco Kebajikan, Anfaal Shaari memberitahu orang ramai yang bukan terdiri daripada kalangan penerima mana-mana tiga skim tersebut boleh membuat pendaftaran dalam laman sesawang sama.

"YAWAS akan saring semua permohonan (sebelum kelulusan diberi),” katanya dalam program temu bual Bicara Semasa kendalian Media Selangor baru-baru ini.

Iklan

Beliau juga menjelaskan syarat kelayakan untuk orang ramai memperoleh manfaat skim berkenaan juga dilonggarkan dengan menurun tahap usia daripada 60 kepada 50 tahun.

Selain itu, jumlah sumbangan yang diterima waris kepada ahli skim tersebut juga dinaikkan kepada RM1,000 berbanding sebelum ini RM500.

"Syarat KDE juga dilonggarkan bagi membolehkan lebih ramai rakyat Selangor menikmati manfaat khairat kematian,” katanya lagi.

Dalam Belanjawan Selangor 2025, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM20 juta untuk skim berkenaan dengan menyasarkan kira-kira 20,000 penduduk menerima manfaat tersebut.

Khairat kematian melalui Skim Mesra Usia Emas dihenti pada 2019 tetapi waris layak menerima RM500 melalui peruntukan RM7.5 juta. Khairat itu kemudian diteruskan semula pada 2021.