KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan maut ditetak rakannya di Taman Intan Baiduri, di sini, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari, pihaknya menerima maklumat berkaitan insiden pergaduhan pada jam 9.23 malam.
Iklan
Iklan
"Kita tiba di lokasi tiga minit kemudian mendapati mangsa berusia 44 tahun telah meninggal dunia," katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian, pada Ahad.
Ahmad Sukarno berkata, siasatan awal mendapati mangsa telah pergi ke sebuah kuil, sebelum minum bersama sekumpulan lelaki di hadapan rumah ibadat itu.
"Difahamkan berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek sebelum suspek beredar dan kembali semula untuk menetak mangsa,” katanya.
Beliau berkata, kejadian tersebut berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan suspek.
"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat," katanya.