Seorang maut, dua cedera bot meletup

Iklan
Seorang pekerja maut dan dua cedera dalam letupan bot sisa kumbahan di Sungai Hudson, New York. Foto AP

NEW YORK - Seorang pekerja maut manakala dua lagi cedera selepas sebuah bot membawa sisa kumbahan yang sedang berlabuh di Sungai Hudson, New York meletup pada Sabtu, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.

Letupan itu berlaku sekitar 10.30 pagi waktu tempatan (1430 GMT) berhampiran Loji Rawatan Air Sisa North River, melibatkan sebuah bot bermotor milik perbandaran, kata Penolong Ketua Jabatan Bomba New York, David Simms dalam satu sidang media pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Pasukan penyelamat menemukan seorang lelaki berusia 59 tahun tidak sedarkan diri di dalam sungai, dan dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, menurut polis New York.

Menurut laporan ABC News yang memetik kenyataan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Bandaraya New York, mangsa dikenal pasti sebagai seorang pekerja berdedikasi di jabatan itu.

Iklan

Seorang lagi pekerja dihantar ke hospital, manakala seorang lagi menolak rawatan perubatan di lokasi, menurut Simms.

Punca letupan masih dalam siasatan, namun Datuk Bandar New York, Eric Adams dalam kenyataannya berkata tiada unsur jenayah disyaki. - Bernama-Xinhua

Iklan