Perbanyakkan pendedahan peringkat tinggi

Iklan
Justin Hoh

BEKAS Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj menegaskan keperluan untuk memberikan lebih banyak pendedahan kepada pemain perseorangan negara dalam kejohanan berintensiti tinggi bagi meningkatkan tahap konsistensi dan ketajaman permainan mereka.

Pandangan itu hadir susulan kegagalan semua wakil perseorangan negara mara lebih jauh dalam saingan Malaysia Masters 2025, dengan kesemua pemain iaitu Leong Jun Hao, Justin Hoh, Ng Tze Yong dan K. Letshanaa tersingkir.

Iklan
Iklan

"Saya melihat setiap pemain memiliki semangat juang dan mentaliti untuk bersaing. Itu satu petanda positif.

"Namun, keupayaan menterjemahkan prestasi kepada kemenangan, terutama ketika detik mata kritikal, masih belum mencukupi,” kata James.

Iklan

Beliau percaya lebih banyak pendedahan di pentas kejohanan bertaraf tinggi akan membantu mematangkan corak permainan dan daya tahan mental pemain.

Dalam aksi minggu ini, Justin Hoh tewas kepada pilihan kelapan Jepun, Kodai Naraoka (14-21, 20-22), manakala Jun Hao kecundang kepada pemain Ireland, Nhat Nguyen (21-10, 18-21, 9-21).

Iklan

Ng Tze Yong pula terpaksa menarik diri akibat kecederaan lutut ketika menentang Ng Ka Long dari Hong Kong, manakala Letshanaa tewas dalam aksi tiga set kepada pemain China, Han Qian Xi (21-10, 19-21, 12-21).

James menegaskan proses penambahbaikan itu tidak berlaku sekelip mata, namun dengan pendedahan berterusan, beliau optimis barisan perseorangan negara mampu tampil lebih kompetitif di pentas antarabangsa.