PM Laos lawat Malaysia esok, erat kerjasama
Iklan
Sonexay Siphandone
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia bermula Ahad ini bagi membincangkan usaha mengeratkan hubungan dua hala dengan rakan sejawatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan memaklumkan bahawa ini merupakan lawatan pertama Siphandone ke Malaysia sejak beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Laos pada Disember 2022.
Iklan
Iklan
Lawatan itu diadakan menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, Sidang Kemuncak ASEAN–GCC Kedua dan Sidang Kemuncak ASEAN–China yang dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 26 dan 27 Mei ini. Kehadiran beliau mencerminkan hubungan kukuh serta berterusan antara Malaysia dan Laos.
Menurut kenyataan itu, Siphandone akan disambut secara rasmi oleh Anwar dalam satu majlis sambutan di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya, diikuti dengan mesyuarat dua hala antara kedua-dua pemimpin.
Iklan
"Mesyuarat tersebut akan memberi tumpuan kepada kemajuan hubungan dua hala yang sedia ada, khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pertahanan, pendidikan, tenaga boleh diperbaharui, pengangkutan, pelancongan, pembangunan kapasiti, pertanian dan industri halal.
"Kedua-dua pemimpin turut dijadualkan bertukar pandangan secara substantif mengenai perkembangan serantau dan global, dengan penekanan terhadap kepentingan strategik ASEAN sebagai platform kukuh dan responsif dalam menangani isu bersama, terutamanya dalam menghadapi cabaran geopolitik dan geoekonomi yang semakin mencabar,” menurut kenyataan itu.
Iklan
Siphandone akan diiringi isteri beliau, Vandara Siphandone, serta beberapa menteri dan pegawai kanan kerajaan Laos.
Pada tahun 2023, nilai dagangan antara Malaysia dan Laos berjumlah AS$21.9 juta (RM99.7 juta), dengan eksport bernilai AS$14.9 juta (RM67.8 juta) dan import sebanyak AS$7 juta (RM31.9 juta).
Malaysia kini merupakan pelabur asing kelima terbesar di Laos, dengan jumlah pelaburan mencecah AS$942 juta. Sebanyak 46 projek berdaftar telah dilaksanakan, terutamanya dalam sektor tenaga boleh diperbaharui, pengangkutan dan logistik, telekomunikasi, pembinaan, perbankan dan perkhidmatan hotel. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>