Warga Thailand maut dilanggar kereta selepas gagal potong lori

Iklan
Seorang lelaki warga Thailand maut di Tok Bali selepas terjatuh dari motosikal ketika cuba memotong lori dan kemudian dilanggar kereta - Foto: PDRM

PASIR PUTEH – Seorang lelaki warga Thailand maut selepas terjatuh dari motosikal dan dilanggar sebuah kereta ketika cuba memotong lori dalam kejadian di Kilometer 20.5, Jalan Melawi–Kuala Besut, Tok Bali pada Jumaat.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 10 malam di hadapan sebuah stesen minyak melibatkan mangsa berusia 20 tahun.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, mangsa menunggang motosikal Yamaha Y15ZR dari arah Kuala Besut menghala ke Tok Bali sebelum dipercayai hilang kawalan dan terjatuh ke laluan bertentangan selepas cuba memotong sebuah lori yang nombor pendaftarannya belum dikenal pasti.

"Pada masa sama, sebuah kereta jenis Proton Saga dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa yang terbaring di atas jalan.

Iklan

"Pemandu kereta, lelaki berumur 58 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian badan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Pasir Puteh, Inspektor Aliah Syafinah Ani Sarudin di talian 013-6706156.